Mesin jahit Portable
Mesin jahit portable
mesin jahit portable juga dikenali dengan nama mesin jahit mudah alih,
mudah diangkat dan dibawa kemana2
Utk tempahan jahitan sedikit,
boleh digunakan berterusan selama 3jam,
kemudian rehat 1 jam,
Kelajuannya mesin jahit portable agak perlahan jika dibandingkan
dengan Mesin Industri,
Size nya kecil dalam lingkungan 20inch x 15inch
Sesuai untuk tukang jahit yang ambil tempahan di rumah, atau mereka yang baru memulakan langkah dalam bidang jahitan,
Sangat mudah dikendali, disertakan video tutorial,
dan pada mesin biasanya ada gambarajah tatacara penggunaan mesin jahit tersebut
Mesin jahit portable Terbahagi kepada Tiga jenis iaitu
1-Mesin Jahit Lurus Portable
Biasanya boleh jahit pattern zigzag, lubang butang,
butang, sembat, dan sebagainya,
2-Mesin Jahit Tepi Portable
Untuk jahit tepi tudung, tepi baju, tshirt,
biasanya utk finishing, ada pisau automatik potong lebihan kain
3- Mesin jahit sulam portable
Boleh design pattern sulam, utk sulam baju,
kebanyakkan nya computerized, design di komputer
dan convert ke file sulam dan cucuk usb pendrive utk sulaman automatik
Jenama yang popular antaranya ialah
Brother, Karysma, Juki, Singer dan epal