Mesin jahit& alat Jahitan

Mesin jahit Singer

Mesin jahit singer

Mesin jahit SINGER

Info Berkaitan mesin jahit singer yang perlu anda tahu

Sejak dari tahun 1851, Mesin jahit SINGER sangat terkenal dengan namanya. Jika ditanya otai-otai tukang jahit, pastinya mereka akan mengsyorkan jenama SINGER untuk mesin jahit. SINGER juga adalah jenama pertama mesin jahit yang memperkenalkan jahitan zig-zag. Hingga kini, SINGER masih lagi mengeluarkan mesin jahit berkualiti setaraf dengan jenama-jenama lain di pasaran Malaysia.

Antara mesin jahit singer di pasaran yang disyorkan adalah:

1.Mesin jahit singerMesin jahit SINGER 1304 START

sesuai dengan namanya, model ini adalah khas untuk pengguna yang baru mula berjinak-jinak dalam bidang jahitan.
cara masuk benang yang sangat mudah, juga mampu menjahit 6 jenis jahitan antaranya adalah jahit lurus, zigzag, satin, sembat dan juga lubang butang

 

 

 

 

 

2. mesin jahit singerMesin jahit SINGER 3337 SIMPLE


Model ini adalah antara yang terlaris dijual di pasaran, rupanya yang moden dan warna elegen menarik hati setiap pengguna.
mesin ini mampu menjahit 29 jenis jahitan, needle threader untuk memudahkan masuk benang ke dalam jarum, jarak jahitan yang boleh dilaras dan teknologi lubang butang satu langkah.

 

 

 

3.mesin jahit singer inspirationMesin jahit SINGER 4210 INSPIRATION


Antara yang menarik mengenai model ini adalah fungsi automatic tension control iaitu mengenalpasti tahap ketat benang yang diperlukan berpandukan kain yang digunakan.
lain2 fungsi juga merangkumi needle threader, lampu LED, jahitan “free-arm”, jarak jahitan boleh laras dan juga 10 jenis jahitan.

 

 

 

4.singer sewing machine shah alamSINGER 4432 HEAVY DUTY

Model mesin ini adalah yang paling digemari oleh semua pengguna di Malaysia, mesin ini tahan lasak dan mampu jahit semua jenis kain. motor mesin ini adalah 60% lebih kuat berbanding model portable singer yang lain.
rangka bawah yang berat membolehkan mesin ini beroperasi dengan tahap gegaran yang paling minimum.
32 jenis jahitan, jahitan boleh laras, needle threader, lampu LED, 1 langkah lubang butang dan juga warna kelabu yang versatil menjadikan model ini idaman setiap suri rumah di Malaysia.

 

Mesin jahit Industri Singer

Terdapat Beberapa jenis mesin jahit industri jenama singer
Iaitu terbahagi kepada mesin jahit lurus dan mesin jahit tepi

Mesin Jahit Lurus Industri Jenama Singer

gambar mesin jahit singer industri
Mesin jahit lurus Singer ada 3 jenis, iaitu:-

1- Motor Clutch – Berbunyi bising dan berat
2-Servo Motor – Berbunyi perlahan dan jimat elektrik
3- Direct drive – tiada bunyi dan boleh kawal kelajuan

Mesin Jahit Tepi Industri Jenama Singer

Mesin jahit singer industri

Juga terbahagi kepada 3 iaitu clutch motor, Servo Motor dan Direct drive seperti gambar diatas

Sekian sahaja perkongsian saya berkenaan mesin jahit Singer
Semoga anda memperoleh manfaat,

layari laman blog Karysma Store di http://www.jahit.my/blog
Untuk melihat model mesin jenama brother, sila klik DISINI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Scroll To Top