Mesin jahit& alat Jahitan

Mesin Jahit industri

mesin jahit industri

Mesin jahit industri atau lebih dikenali sebagai high speed, adalah mesin jahit yang digunakan untuk mengambil tempahan secara pukal. Perbezaan yang ketara berbanding mesin jahit mudah alih (portable) adalah mesin jahit ini khusus untuk jahitan yang lurus sahaja.

PROS :
1. jahitan yang lebih laju
2. boleh digunakan dalam jangka masa yang lama
3. motor lebih besar, mampu menjahit semua jenis kain

CONS:
1. harga lebih mahal berbanding portable
2. memerlukan ruang yang besar
3. Berat
4. mampu menjahit satu jenis jahitan sahaja
5. bunyi motor lebih bising (clutch)

Antara jenama mesin jahit industri yang laris di pasaran kini adalah JUKI, walaupun harganya agak mahal namun kualiti jahitan dan mesin tersebut tak dapat ditandingi jenama-jenama lain.
Jenama lain seperti Gemsy, Typical, Singer, JACK, Siruba dan juga Brother adalah lebih murah berbanding JUKI, kualitinya juga baik.

MESIN JAHIT INDUSTRI - JAHIT TEPI
Jenis-jenis mesin jahit industri :
1. jahit lurus
2. jahit tepi kasar
3. jahit tepi halus
4. jahit tepi kasar (2 jarum)
5. Interlock
6. Lubang butang
7. Butang
8. Jeans (pintuck)
9. mesin jahit lurus berkomputer

Jenis motor bagi mesin jahit industri pula terbahagi kepada tiga jenis
1- Clutch motor (Saiz besar dan berbunyi berdesing)
2- Servo motor (Jimat eletrik dan bunyi senyap)
3- Direct Drive (Motor berkomputer terus sambung ke kepala mesin)
kebanyakan mesin jahit keluaran terbaru telah bertukar kepada teknologi direct drive
sejak tahun 2016

Karysma Store merupakan salah satu kedai yang menjual pelbagai jenama dan model
Mesin jahit industri, antaranya ialah mesin jahit industri singer, mesin jahit industri juki
dan mesin jahit industri Jack… ketiga tiga ini ialah jenama yang paling popular dan laris di malaysia
Anda boleh datang ke kedai jika ingin mencuba setiap model,
dan pilih lah dengan berhemah, model mana yang paling serasi dengan anda

Alamat Karysma Store

Cawangan shah alam
C-9-G, Jalan Serai Wangi L16/L,
Alam Avenue 2 ,
40200 Shah Alam Selangor.
Landmark puspakom, mee tarik, dominos, ar-rahnu, calacara, Mohd Chan.
Buka setiap hari 9pagi hingga 9malam, tiada cuti dan tiada rehat.
0123416010 (Ahmad)
0172086936 (Yusuf)

Karysma Store Bangi
No.30a Jalan 4/11b Seksyen 4 tambahan,
43650 Bandar Baru Bangi, Selangor.
03-89262568 Hj Zahari
0122383412 Pn Halina
0178800583
Kedai buka setiap hari kecuali Jumaat, Jam 9pagi hingga 7malam

 

anda boleh melihat harga- harga mesin jahit di laman web Karysma iaitu
http://www.jahit.my

Selain itu, untuk mengetahui jenis-jenis mesin jahit portable pula,
sila membaca post saya sebelum ini iaitu
http://jahit.my/blog/mesin-jahit-portable/

Demikian saja post saya berkenaan Mesin Jahit industri, semoga bermanfaat buat anda

3 thoughts on “Mesin Jahit industri

    1. salam maaf tiada, cuma Bangi, Shah Alam, Kajang dan Melaka shj, Tp ada penghantaran percuma ke kl

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Scroll To Top