Jenis jenis Jahit tepi (Overlock / Interlock /Coverstitch/Baby Lock Baby seam/Overcast/ Blind Stitch)
Jenis jenis Jahit tepi (Overlock / Interlock /Coverstitch/Baby Lock Baby seam/Overcast/ Blind Stitch) Apakah perbezaan nya??
Ramai yang terkeliru dengan Tujuh jenis jahitan ni,
Jangan risau, izinkan saya untuk berkongsi serba sedikit apa yang saya tahu, bedasarkan pengalaman saya sebagai penjual mesin jahit
Jenis jenis jahit tepi: Kita Akan mulakan dengan Jenis Jahitan OVERLOCK ya!
Overlock ni ialah untuk jahit tepi baju kurung/ dress/ telekung, dalam jahitan overlock lebihan kain akan dipotong dan di buang
overlock terbahagi kepada 3 jenis iaitu
1- Jahitan Overlock 1 jarum 3 benang
2- Jahitan Overlock 2 jarum 4 benang
3- Jahitan Overlock 2 jarum 5 benang
Hasil Jahitan Dari Mesin Jahit Overlock,
untuk jahitan tepi halus/tudung juga dipanggil overlock halus atau nama manja BABYLOCK
Seterusnya kita akan mempelajari jenis jahitan tepi yang ke dua Iaitu INTERLOCK atau COVERSTITCH
sama la dua2 ni.. biasanya kalau mesin portable kita panggil coverstitch tapi kalau Mesin industri kita panggil Interlock atau Flatlock
Untuk jenis coverstitch / interlock ni, Lebihan kain tu akan DILIPAT dan bukannya dipotong macam Overlock tadi ..ok?
Mesin coverstitch boleh jahit jenis jahitan bawah t shirt seperti gambar dibawah:-
Mesin Jahit Interlock jenis industri
Mesin jahit interlock adalah khas untuk jahitan bawah tshirt iaitu 2 jarum atau tiga jarum,
Jahit tepi oleh Mesin jahit lurus
Sekarang kita akan berganjak ke Jenis jahit tepi yang agak mengelirukan sikit, Ini kerana jahit tepi ini dihasilkan oleh mesin jahit lurus!
ya ramai yang salah anggap terhadap jenis Jahit tepi BABYSEAM, BLINDSTITCH (sembat) dan OVERCAST!
sebenarnya jahit tepi jenis ini dihasilkan oleh mesin jahit lurus dengan menggunakan tapak khas!hasil jahitan jahit tepi dari mesin jahit lurus
Dengan penjelasan ini saya berharap anda semua lebih faham akan perbezaan jenis jenis jahitan mesin jahit tepi ini, Jangan lupa Share jika dirasakan bermanfaat ya!
Tentang Penulis Blog jahit tepi
Karysma Store merupakan salah satu kedai yang menjual pelbagai jenama dan model Mesin jahit Tepi
termasuk lah jenama brother, Singer, karysma dan Jack…
ini ialah jenama yang paling popular dan laris di malaysia
Anda boleh datang ke kedai jika ingin mencuba setiap model,
dan pilih lah dengan berhemah, model mana yang paling serasi dengan anda
Alamat Karysma Store
Cawangan shah alam
C-9-G, Jalan Serai Wangi L16/L,
Alam Avenue 2 ,
40200 Shah Alam Selangor.
Landmark puspakom, mee tarik, dominos, ar-rahnu, calacara, Mohd Chan.
Buka setiap hari 9pagi hingga 9malam, tiada cuti dan tiada rehat.
0123416010 (Ahmad)
0172086936 (Yusuf)
Karysma Store Bangi
No.30a Jalan 4/11b Seksyen 4 tambahan,
43650 Bandar Baru Bangi, Selangor.
03-89262568 Hj Zahari
0122383412 Pn Halina
0178800583
Kedai buka setiap hari kecuali Jumaat, Jam 9pagi hingga 7malam
Karysma Bdr Bukit Mahkota
No10, Jalan BM 2/1
Bandar bukit Mahkota
Kajang,
Waze: Karysma Store Bukit Mahkota
0172086936
KARYSMA MeLaka
NO 8, Jalan Seri Paya Rumput 2,
Taman seri Paya Rumput,
Melaka
(Berhampiran TESCO Cheng)
Waze: Karysma Store Melaka
+60 13-596 3867
Karysma ShowRoom
F-6-G, Jalan Serai Wangi N16/N,
Alam Avenue 2 ,
40200 Shah Alam Selangor.
(lorong Belakang Karysma Shah Alam)
“Menjaga tepi kain anda”
anda boleh melihat harga- harga mesin jahit di laman web Karysma iaitu
http://www.jahit.my
Selain itu, untuk mengetahui jenis jenis mesin jahit portable,
sila membaca post saya sebelum ini iaitu
http://jahit.my/blog/mesin-jahit-portable/
Sekian saja perkongsian saya untuk hari ini, Terima kasih kerana sudi membaca
Diharap Anda Sudi datang lagi dan Share kepada rakan2 jika dirasakan bermanfaat
Video berkaitan jenis-jenis jahit tepi