Mesin jahit industri auto trimmer

Jenis Jenis mesin jahit

Jenis jenis Mesin jahit yang ada Di Malaysia

Terdapat pelbagai jenis mesin jahit di pasaran Malaysia,
harga nya bergantung kepada kemampuan mesin, dan Jenama mesin tersebut

Disini ingin saya huraikan sedikit berkenaan jenis-jenis mesin jahit serta harganya,

Setiap model mesin mempunyai fungsi-fungsi yang tersendiri, antaranya adalah untuk jahit lurus,
jahit tepi, jahit lubang butang, butang, interlock dan lain-lain.

Secara umumnya, mesin jahit juga terbahagi kepada dua katagori iaitu:-
Mesin jahit industri (untuk kegunaan pukal), dan Mesin Jahit portable (untuk kegunaan rumah)

mesin jahit portable dan industri

Jenis -jenis Mesin Jahit mudah Alih (Portable)

Mesin jahit mudah alih, atau lebih dikenali sebagai “mesin jahit portable”
merupakan mesin jahit yang mampu melakukan lebih banyak corak jahitan berbanding mesin jahit industri.
Walaupun terhad dengan masa penggunaan yang singkat, ia mampu menghasilkan pelbagai produk jahitan
seperti lubang butang, butang, zip, jahit beg, jahit tepi ,jahit sulam dan lain-lain.
portable sewing machine

PROS :

1. lebih ringan dan mudah dibawa ke mana-mana
2. Jimat elektrik
3. lebih banyak fungsi. (lubang butang, zip, sulam, jahit tepi dll)
4. Harga lebih Murah
5. Jimat ruang
6. Kelajuan mesin perlahan (Mudah dikawal oleh beginner)

CONS :

1. had penggunaan 2~3jam
2. Motor berkuasa kecil
3. rangka plastik, mudah rosak jika jatuh
4. Kelajuan mesin agak perlahan berbanding mesin industri

 Mesin jahit portable juga terbahagi kepada beberapa jenis, antaranya adalah :

1. Mesin jahit lurus (basic)

mesin jahit portable karysma

Antara harga mesin jahit lurus yang popular ialah

Karysma KS565 RM490
Brother Ja1450 RM690
Juki Hzl12z RM490
Singer Start RM690
(Tertakluk kepada Diskaun semasa, WhatsApp 0123416010 utk diskaun Khas)

Jenis jahitan hasil dari Mesin jahit lurus Portable

Jenis jenis jahitan mesin jahit lurus portable

Jenis jenis jahit tepi mesin jahit portable
Jahit tepi (Overcast) dari mesin jahit lurus portable serbaguna
tapak jahit tepi rolled hem
Jahit tepi menggunakan Mesin jahit lurus serbaguna
jenis jenis jahitan jahit tepi mesin jahit
Jahit tepi tudung (BABY SEAM) oleh mesin jahit lurus serbaguna

2. mesin jahit lurus berkomputer (lebih banyak fungsi)

mesin jahit berkomputer

Harga mesin Jahit lurus Berkomputer Adalah sekitar RM1200 hingga RM1599

Jenis jahitan hasil dari mesin jahit berkomputer

jenis jenis jahitan mesin jahit berkomputer
sulaman halus mesin jahit berkomputer

3. Jenis jenis Mesin Jahit Tepi  

Terdiri dari beberapa jenis corak jahit tepi,
Antara yang popular ialah Jahit tepi kasar (OVERLOCK) ,
Jahit tepi halus (NARROW HEM), Jahit tepi tudung (ROLLED HEM)
dan jahit tepi bawah T-shirt (COVERSTITCH)

portable overlock sewing machine
mesin jahit tepi karysma KS300 overlock
jenis jenis mesin jahit tepi brother
Mesin jahit jenis OVERLOCK Brother 2104d

Hasil Jahitan Dari Mesin Jahit Overlock

mesin coverstitch 3 jarum 5 benang ks330
KS330 coverstitch machine

Mesin coverstitch boleh jahit jenis jahitan bawah t shirt spt gambar dibawah:-

Jenis jahit coverstitch mesin jahit tepi portable
Gambar jahitan COVERSTITCH

 

4. Mesin jahit sulam Berkomputer

mesin sulam karysma Ks-5
mesin sulam karysma Ks-5

Mesin jahit sulam berkomputer adalah sangat canggih dan boleh menghasilkan sulaman yang cantik
paling popular ialah jenama Brother dan Karysma kerana harganya yang sangat berpatutan selari dengan fungsi yang dimiliki
Brother NV180 RM3200
Brother Nv800e RM7500
Brother V3se RM9000
Karysma Ks950 RM2600
Karysma es-5 RM4500

mesin karysma ks950 sewing machine
karysma ks950 embroidery machine

 

Jenis jenis Mesin Jahit Industri

Mesin jahit industri atau lebih dikenali sebagai Mesin Jahit high speed, adalah mesin jahit yang digunakan untuk mengambil tempahan secara pukal.
Perbezaan yang ketara berbanding mesin jahit mudah alih (portable) adalah mesin jahit ini khusus untuk jahitan yang lurus sahaja.

PROS :
1. Jahitan yang lebih laju
2. boleh digunakan dalam jangka masa yang lama tanpa rehat
3. motor lebih besar, mampu menjahit semua jenis kain
4.Jangka hayat yang sangat panjang (30 – 40 tahun masih dapat berfungsi dengan baik)

CONS:
1. Harga lebih mahal berbanding portable
2. memerlukan ruang yang besar
3. Berat
4. mampu menjahit satu jenis jahitan sahaja

mesin jahit cylinder Arm compound feed

Antara jenama mesin jahit industri yang laris di pasaran kini adalah Karysma dan Jack, walaupun harganya agak mahal namun kualiti jahitan dan mesin tersebut tak dapat ditandingi jenama-jenama lain.

Jenama lain seperti Gemsy, Typical, Singer, konwa, yamato dan Ah hee adalah lebih murah tetapi kualitinya juga agak baik.

mesin jahit jack sewing machine

Jenis jenis  Mesin jahit Industri 


1. Jahit lurus

Mesin jahit lurus adalah khas untuk jahitan lurus sahaja inaitu mencantum dua lapisan kain, anggaran harga bagi Jenama yang ada ialah seperti berikut:-

Karysma Y1 Direct Drive
RM1500
Karysma Y2 Autocut
RM1800
Karysma Y4 Autocut Auto bartacking auto foot Lift
RM2500
Karysma Y5 Anti Birdnest, Built in oil Pan, RM2800

Juki Clutch Motor RM1900 (Jenis motor size BESAR dan berdesing bunyi nya)
Juki Servo Motor RM2200 (Jenis motor yang SENYAP)
Juki Auto Thread Trimmer RM3600 (Auto Potong benang sebaik shj habis jahitan- tak perlukan kacip)

Singer Clutch Motor RM1800
Singer Direct Drive RM2200 (Sistem Direct Drive ialah Motor berkomputer yang boleh kawal SPEED)
Singer Auto Thread Trimmer RM3200

Jack Direct Drive Speed control RM1600
Jack Auto Thread trimmer RM2600

2. Jahit tepi kasar

Mesin Jahit tepi overlock adalah untuk kemasan tepi kain, biasanya datang dalam bentuk 3 benang untuk selapis kain dan 4 benang untuk cantum dua lapis kain seperti jubah, t-shirt dan lain lain
overlock 4 thread sewing machine
Anggaran Harga Mesin Jahit tepi

Karysma KS700 RM2200
Karysma KS F7 RM1800

Juki 4benang RM3600
Juki 3 Benang RM3500

Singer Direct Drive 3 benang dan 4 benang harga sama
RM2600

Jack Direct Drive 3benang dan 4 benang harga sama
RM2600

3. Jahit tepi halus

Harga Mesin jahit tepi halus adalah sama seperti harga Mesin jahit tepi biasa
Cuma biasanya mesin jahit tepi halus ialah mesin jahit 3 benang
Perlu nyatakan semasa membeli bahawa kamu hendak jahit tepi halus/tudung

4. Interlock

Mesin jahit interlock adalah khas untuk jahitan bawah tshirt iaitu 2 jarum atau tiga jarum,
Jenama yang popular termasuk lah juki, karysma, Jack, dan singer
mesin jahit interlock Flatlock flatbed cylinder bed

Karysma KS562D RM3600

Jack interlock 5 benang Direct Drive RM4500

Konwa Interlock 5 benang RM4500

Singer Interlock 5 benang RM4500

Jenis jahitan interlock mesin jahit industri 5 benang
jenis jahitan interlock oleh mesin industri

5. Lubang butang
Kebanyakkan Mesin lubang butang Harga nya ialah RM5500- 7500
Antara jenama yang available ialah Jack, Karysma, Singer, Konwa Dan Juki

mesin lubang butang button hole

6. Butang
Anggaran Harga Mesin jahit butang ialah RM3500-5000
bergantung pada jenama 

Paling murah jenama Karysma RM3500 dan Paling Mahal Jenama Juki RM5500

buttoning machine mesin pasang butang karysma
Button attaching machine KS373 mesin pasang butang karysma

Jenis jenis Motor Mesin jahit Industri

Jenis motor bagi mesin jahit industri pula terbahagi kepada tiga jenis
1- Clutch motor (Saiz besar dan berbunyi berdesing)
2- Servo motor (Jimat eletrik dan bunyi senyap)
3- Direct Drive (Motor berkomputer terus sambung ke kepala mesin)
kebanyakan mesin jahit keluaran terbaru telah bertukar kepada teknologi direct drive
sejak tahun 2016

Jenis jenis motor mesin jahit industri
Motor jenis DIRECT DRIVE
Jenis motor mesin jahit servo motor
SERVO MOTOR mesin industri
Jenis motor mesin jahit industri
CLUTCH MOTOR Mesin jahit industri

Rujukan Wikipedia berkaitan Mesin jahit (Sewing Machine)

Dalam video ini ada menerangkan perbezaan antara motor mesin jahit jenis Direct Drive, Servo motor dan Clutch motor

Tentang Penulis Blog Jenis jenis Mesin Jahit

Karysma Store merupakan salah satu kedai yang menjual pelbagai jenama dan model
Mesin jahit industri, antaranya ialah mesin jahit industri singer, mesin jahit industri juki
dan mesin jahit industri Jack… ketiga tiga ini ialah jenama yang paling popular dan laris di malaysia
Anda boleh datang ke kedai jika ingin mencuba setiap model,
dan pilih lah dengan berhemah, model mana yang paling serasi dengan anda

Alamat Karysma Store

Cawangan shah alam
C-9-G, Jalan Serai Wangi L16/L,
Alam Avenue 2 ,
40200 Shah Alam Selangor.
Landmark puspakom, mee tarik, dominos, ar-rahnu, calacara, Mohd Chan.
Buka setiap hari 9pagi hingga 9malam, tiada cuti dan tiada rehat.
0123416010 (Ahmad)
0172086936 (Yusuf)

Karysma Store Bangi
No.30a Jalan 4/11b Seksyen 4 tambahan,
43650 Bandar Baru Bangi, Selangor.
03-89262568 Hj Zahari
0122383412 Pn Halina
0178800583
Kedai buka setiap hari kecuali Jumaat, Jam 9pagi hingga 7malam

Karysma Bdr Bukit Mahkota
No10, Jalan BM 2/1
Bandar bukit Mahkota
Kajang,
Waze: Karysma Store Bukit Mahkota
0172086936

KARYSMA MeLaka
NO 8, Jalan Seri Paya Rumput 2,
Taman seri Paya Rumput,
Melaka
(Berhampiran TESCO Cheng)
Waze: Karysma Store Melaka
+60 13-596 3867

Karysma ShowRoom
F-6-G, Jalan Serai Wangi N16/N,
Alam Avenue 2 ,
40200 Shah Alam Selangor.
(lorong Belakang Karysma Shah Alam)

Website:
www.jahit.my

“Menjaga tepi kain anda”

anda boleh melihat harga- harga mesin jahit di laman web Karysma iaitu
http://www.jahit.my

Selain itu, untuk mengetahui jenis jenis mesin jahit portable,
sila membaca post saya sebelum ini iaitu
http://jahit.my/blog/mesin-jahit-portable/

http://jahit.my/blog/mesin-jahit-industri/

Sekian saja perkongsian saya untuk hari ini, Terima kasih kerana sudi membaca
Diharap Anda Sudi datang lagi dan Share kepada rakan2 jika dirasakan bermanfaat

Video berkaitan jenis-jenis mesin jahit

This site is using SEO Baclinks plugin created by InfoMotru.ro and Locco.Ro